Sunday, February 21, 2016

saja bercerita


tak minat sebenarnya nak menulis di blog ni sebab rasa macam dulu dulu sangat. zaman blog femes dulu lain sebab semua orang berlumba lumba nak update new post kat blog. blog masing masing pulak tak nak kalah blink blink kat atas bawah semua animated icon nak di masukkannya haha same goes to me also lah really childish that time. that time okay, not currently hehe well sekarang tak minat dah nak hias blog bagai semua. asalkan ada sudah cukup nak menulis benda benda yang tak terluah kat sesiapa. 

sebenarnya 18 februari yg lepas keputusan final exam semester 5 aku di uitm puncak perdana. ye tahu dah semester 5 dah kejap je masa berlalu. rasanya dulu aku post aku dapat offer sambung degree hehe tak kisah lah sebab nak cakap pasal result. alhamdulillah syukur sangat ada peningkatan dari semester lepas. mujur aku masih lagi ada kesempatan nak naikkan pointer aku sebab aku tinggal lagi satu semester je lagi lepas tu internship. bab intern ni tak nak sentuh lagi sebab tak tahu lagi nak apply kat company or hospital mana. 

tak nak lah cakap pasal tu sebab sekarang kan tengah cuti lagi. selain dari result aku nak cakap pasal year by year aku tengok member2 semua kahwin. member2 dia pun sama, ada yg kahwin ada yg tunang. habis macam mana dengan aku? kena tunggu lagi 5 tahun eh hehe. haritu ada lah aku tanya pasal ni. aku tanya serius tau tak main main pun. dia cakap dia kerja entah ke mana lagi lepas tu ada niat nak sambung phd lagi habis macam mana nak plan nak kahwin semua.

kami tak bincang serius pun pasal ni sebab pikir buat apa jugak bincang awal awal sebab dua dua kerja pun belum lagi. masing masing tengah belajar tapi aku nekad lepas habis degree ni ingat nak cari kerja dulu kumpul aset. tak minat dah nak sambung sebab ekonomi sekarang macam ape entah kerja dah la susah nak dapat. tengok lah macam mana nanti rezeki, jodoh tak kemana. ajal maut pun tak kemana huhu serahkan pada takdir je