Sunday, June 7, 2015

mula menaip ketika keseorangan


sebenarnya keadaan yg biasanya akan memaksa aku untuk menaip di sini. tinggal lebih kurang 3 minggu lagi saja aku di puncak perdana sebelum bermulanya cuti semester. keadaan di sini amat sukar lebih lebih lagi ramadhan akan tiba tak lama lagi. ini adalah pengalaman pertama aku berpuasa di luar. sebelum ini aku pernah ada pengalaman berpuasa di luar semasa aku belajar di sebuah kolej swasta dekat area gombak lebih kurang 4 tahun yg lepas. 

aku menaip hari ini bukan untuk bercerita mengenai pengalaman berpuasa yg akan aku tempuhi, biar lah ia nya habis di situ saja. hari ini, aku ingin meluahkan apa yg tebuku di hati setelah hampir 5 tahun aku menyayangi seorang hamba Allah ini. dia seorang yg aku suka sejak pertama kali kami bertemu di sekolah yg sama. perbezaan umur antara kami tidak lah jauh, hanya 2 tahun. tapi itu tidak membataskan untuk kami berkawan. sehingga hari ini kami masih berkawan walaupun istilah kawan itu telah berubah menjadi kawan special sejak beberapa bulan selepas kami berkenalan. 

hubungan kami bertahan kerana sikap selalu mengalah dan percaya antara kami. biasalah hubungan jarak jauh ni banyak halangannya tapi alhamdulillah sehingga hari ini kami masih bersama. perancangan untuk menjadi pasangan halal itu ada tapi kami masih lagi belajar dan tidak mempunyai kerjaya jadi perancangan itu hanya lah sebuah angan-angan awal. dan aku sentiasa mendoakan yg terbaik untuk kami sehingga lah kami disatukan. in shaa Allah aku yakin dia adalah jodoh aku buat masa ini dan aku sentiasa memohon kepadaNya supaya dijodohkan bersama dia. 

semoga hubungan ini terus kekal sehingga ke hari kami dapat disatukan melalui sebuah akad yg selalu aku nantikan. terima kasih kerana kurniakan insan yg sangat menyayangi diri ini ya Allah. semoga Kau terus menghadirkan dirinya disisi aku setiap masa. Aamiin

No comments: