Thursday, January 8, 2015

takde motif -_-


malam ni rase jari ni rajin je nak menaip. dah lama tak buka blog, since dah buka so aku nak taip lah sikit al kisah selama hampir 6 bulan aku kat puncak perdana. so far so good kecuali masalah housemate gila yang aku pernah cite dulu. dia tu lantak lah apa nak jadi..makin lama makin pelik je aku tengok. stop topik pasal tu! 

firstly, nak cite pasal pelajaran. alhamdulillah sepanjang aku kat sini takde lagi masalah yang aku tak boleh settle. berkat doa umi abah sekarang aku dah habis semester 3. in shaa Allah berjuang untuk semester 4 pulak. total semester aku ada kat uitm ni 7 semester semuanya. yg ke 7 tu latihan industri atau praktikal.

sepanjang kat sini, aku ada sorang member yang aku baru kenal masa masuk belajar. nama dia panjang tapi aku panggil dia mek toq je. haha. dia budak teganu. ape? kelate vs ganu?takde istilah tu tau! ramai kata orang pantai timur kalau jumpa kat luar musuh pun jadi kawan. sebab semangat pantai timur tu menebal bak hang! eh utara pulak..hehe

part yg lagi best birthday dia same dgn aku! 14 Ogos 1993. secara tafsiran ikut suka aku ni dia boleh dikatakan kembar lain umi abah dengan aku. haaa. feel best giler bila ade sorang member yg satu kepala dan memahami ni. dah memang kembar dh aku dgn dia. kat puncak perdana ni, memang dia tempat aku bercerita, mengadu, gaduh pun ade jugak kadang2. haha

dah la kalau nak cite pasal mek toq tu panjang lagi ni. jari aku ni susah sikit nak menaip panjang2. lain kali aku rajin aku taip lah. itu pun tengok mood jugak. bukan ape, blog ni macam tempat aku cakap sorang2. macam org gila pun ye. haha

till next entry, peace!