Friday, September 12, 2014

Dulu & Kini: Puncak I Love You

tajuk post memang tak boleh blah la kan. since bila aku in love dengan puncak ni?puncak is puncak perdana meanwhile i love you means that dah memang dari dulu lagi nak further study dekat puncak so aku dapat lah apa aku nak. tak mudah rupanya bila berjauhan dengan family. dulu aku study diploma dekat UiTM Machang. dekat aje dengan rumah, lebih kurang 50 minit dah sampai. tapi kat sini jarak ke rumah perghh memang berbatu batu la. takpelah dulu dah rasa dekat sekarang kau rasakan belajar jauh macam mana! dulu kau tak suke UiTM Machang sebab dekat dengan rumah. kau tak rasa thriller kan. sekarang nah kau amek jauh dari rumah. rasakan amanina! hahaha

dulu kau rasa safe sebab family dekat. now sikit2 nak call umi mengadu masalah kat sini. baru seminggu wei kat sini dah tak boleh tahan ke?tahan la sikit. aku kena belajar lah berdikari. dulu every weekend balik tinggal member kat asrama yg rumah jauh2 tu. now kau rasa lah balik bila kau tengok member2 kau yg kau tinggal stay asrama dulu balik rumah masing2 weekend. hahaha. jeles tak jeles kau kena hadap gak lah. tapi takpe..kakak aku kan ada, abang aku kan ada. kalau bosan dk kolej balik rumah dorang apa salahnya. same je pun tak lah terasa jauh sangat dengan family. even pakcik makcik sebelah umi aku pun ramai kat sini. sekarang ni aku  dah kira beruntung sangat sebab time aku kena belajar jauh dari rumah macam sekarang ni adik beradik, saudara2 ada dekat dengan aku. kalau nak diikutkan time abang2 and kakak aku belajar dulu mana ada semua ni.

so amanina, kau kena bersyukur. tak boleh nak merungut tak tentu pasal sebab kau yang mintak kan so kau dapat lah apa kau nak. tanamkan perangai rajin kau balik, bina semangat nak belajar semula. dapatkan dean list every sem sama macam kau buat time diploma dulu. belajar dari kesilapan apa yang kau dah buat time diploma dulu so kau tak buat kesalahan yg sama. every person deserve for every chance they wants. whenever they wants, there's a will. dont give up!



No comments: