Monday, August 25, 2014

Perasaan itu

pernah rasa tak perasaan yg bercampur?means marah+frust+sedih+tak puas hati. ada yg pernah rasa ke?aku banyak kali dah rasa macam ni. tapi ape boleh buat, pendam je lah. bukan nya boleh nak memberontak tak tentu pasal. karang berdosa pulak aku. hurm. susah lah bila hidup tak rasa diperlukan atau permintaan tak dipenuhi. aku rasa macam 'what the life?!' kadang-kadang pernah rasa nak pegi negara orang and belajar or start life dekat sana tapi aku tahu bukan senang nak buat semua tu, sembang boleh la. hakikatnya aku tak boleh lari dari masalah. nak tak nak aku kena hadap jugak!

Tuesday, August 19, 2014

Alhamdulillah : Degree's Life



syukur alhamdulillah berkat usaha selama dua tahun setengah semasa pengajian diploma aku dicurahkan rezeki untuk meneruskan pengajian aku di peringkat ijazah pula. keputusan ni aku tahu pada hari rabu yang lepas. memang lah aku tak menaruh harapan sangat kan, kalau dapat sambung alhamdulillah tapi kalau tak dapat aku dah redha. so bila aku tahu yang aku dapat, rasa nak menangis pun ada sebab yelah akhirnya cita2 kecik aku nak sambung degree tercapai. in shaa Allah kalau tak ada aral melintang, 4hb ni aku ke Kuala Lumpur dan buat persiapan dekat sana pulak untuk daftar 8hb nanti. 

tak sabar rasanya nak mulakan degree's life dekat sana nanti. hehe. dah lama sangat aku berangan nak belajar luar dari negeri sendiri pastu boleh la feeling balik kampung bile time raya or cuti sem kan. haha. untuk umi and abah, dont worry k? your daughter pegi kejap je, dalam 4minggu macam tu aku dah cuti midsem sekaligus dengan cuti untuk raya haji so masa tu aku nak feeling balik kampung habis habisan sambil nyanyi lagu sudirman tu laa. haha. senget kan aku?belom pegi lagi dah berangan bukan2, kalau dah ada dekat sana aku feeling homesick dah la ye. wahai hati, kuatkan iman! kentalkan hati!