Friday, October 10, 2014

Perempuan Psiko!

ape lah nasib aku first semester dah ada masalah housemate. dapat roomate dah okay tapi housemate pulak tak okay. biar aku jelaskan lagi HOUSEMATE ye bukan aku mention HOUSEMATES. so dengan erti kata lain sorang je housemate aku yg agak bermasalah. yang laen dah okay even tak boleh nak rapat sangat tapi boleh la setakat nak bertegur sapa, senyum ke ape. aku sendiri pun tengah confuse lagi yg housemate aku yg bermasalah tu orang ke makhluk laen?bukan ape keje dia memang cari gaduh aje. lama2 aku sendiri oun fed up.

lepas satu2 dia create masalah kecik jadi besar. kadang2 aku geram jugak nak tengking dia tu berlagak aje tomboy konon kuat la brutal ape la. tapi berlagak je lebih, poyo lebih..ppuihhhh! yang paling aku tak boleh tahan tu dua2 masalah bukan aku yang salah tapi still nampak aku yg salah pd dia. memang sah perempuan tu gila. dah la siap nak kelar pergelangan tangan bagai..hey perempuan kau psiko ke ape?

suka hati lah kau. aku dah tak nak campur dengan life kau. kau ada pun dalam rumah tu aku boleh buat2 macam kau takde. same macam kau buat aku rasa macam tu.


Friday, September 12, 2014

Dulu & Kini: Puncak I Love You

tajuk post memang tak boleh blah la kan. since bila aku in love dengan puncak ni?puncak is puncak perdana meanwhile i love you means that dah memang dari dulu lagi nak further study dekat puncak so aku dapat lah apa aku nak. tak mudah rupanya bila berjauhan dengan family. dulu aku study diploma dekat UiTM Machang. dekat aje dengan rumah, lebih kurang 50 minit dah sampai. tapi kat sini jarak ke rumah perghh memang berbatu batu la. takpelah dulu dah rasa dekat sekarang kau rasakan belajar jauh macam mana! dulu kau tak suke UiTM Machang sebab dekat dengan rumah. kau tak rasa thriller kan. sekarang nah kau amek jauh dari rumah. rasakan amanina! hahaha

dulu kau rasa safe sebab family dekat. now sikit2 nak call umi mengadu masalah kat sini. baru seminggu wei kat sini dah tak boleh tahan ke?tahan la sikit. aku kena belajar lah berdikari. dulu every weekend balik tinggal member kat asrama yg rumah jauh2 tu. now kau rasa lah balik bila kau tengok member2 kau yg kau tinggal stay asrama dulu balik rumah masing2 weekend. hahaha. jeles tak jeles kau kena hadap gak lah. tapi takpe..kakak aku kan ada, abang aku kan ada. kalau bosan dk kolej balik rumah dorang apa salahnya. same je pun tak lah terasa jauh sangat dengan family. even pakcik makcik sebelah umi aku pun ramai kat sini. sekarang ni aku  dah kira beruntung sangat sebab time aku kena belajar jauh dari rumah macam sekarang ni adik beradik, saudara2 ada dekat dengan aku. kalau nak diikutkan time abang2 and kakak aku belajar dulu mana ada semua ni.

so amanina, kau kena bersyukur. tak boleh nak merungut tak tentu pasal sebab kau yang mintak kan so kau dapat lah apa kau nak. tanamkan perangai rajin kau balik, bina semangat nak belajar semula. dapatkan dean list every sem sama macam kau buat time diploma dulu. belajar dari kesilapan apa yang kau dah buat time diploma dulu so kau tak buat kesalahan yg sama. every person deserve for every chance they wants. whenever they wants, there's a will. dont give up!



Monday, August 25, 2014

Perasaan itu

pernah rasa tak perasaan yg bercampur?means marah+frust+sedih+tak puas hati. ada yg pernah rasa ke?aku banyak kali dah rasa macam ni. tapi ape boleh buat, pendam je lah. bukan nya boleh nak memberontak tak tentu pasal. karang berdosa pulak aku. hurm. susah lah bila hidup tak rasa diperlukan atau permintaan tak dipenuhi. aku rasa macam 'what the life?!' kadang-kadang pernah rasa nak pegi negara orang and belajar or start life dekat sana tapi aku tahu bukan senang nak buat semua tu, sembang boleh la. hakikatnya aku tak boleh lari dari masalah. nak tak nak aku kena hadap jugak!

Tuesday, August 19, 2014

Alhamdulillah : Degree's Life



syukur alhamdulillah berkat usaha selama dua tahun setengah semasa pengajian diploma aku dicurahkan rezeki untuk meneruskan pengajian aku di peringkat ijazah pula. keputusan ni aku tahu pada hari rabu yang lepas. memang lah aku tak menaruh harapan sangat kan, kalau dapat sambung alhamdulillah tapi kalau tak dapat aku dah redha. so bila aku tahu yang aku dapat, rasa nak menangis pun ada sebab yelah akhirnya cita2 kecik aku nak sambung degree tercapai. in shaa Allah kalau tak ada aral melintang, 4hb ni aku ke Kuala Lumpur dan buat persiapan dekat sana pulak untuk daftar 8hb nanti. 

tak sabar rasanya nak mulakan degree's life dekat sana nanti. hehe. dah lama sangat aku berangan nak belajar luar dari negeri sendiri pastu boleh la feeling balik kampung bile time raya or cuti sem kan. haha. untuk umi and abah, dont worry k? your daughter pegi kejap je, dalam 4minggu macam tu aku dah cuti midsem sekaligus dengan cuti untuk raya haji so masa tu aku nak feeling balik kampung habis habisan sambil nyanyi lagu sudirman tu laa. haha. senget kan aku?belom pegi lagi dah berangan bukan2, kalau dah ada dekat sana aku feeling homesick dah la ye. wahai hati, kuatkan iman! kentalkan hati!